Dari Meja Pengarah

Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi laman web Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM. Luangkan sedikit masa anda untuk mengenali kami dan perkhidmatan serta aktiviti di UCTC UPM.

Untuk makluman, UCTC UPM adalah sebuah entiti di bawah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjawab memantapkan perkhidmatan perundingan UPM dalam pelbagai bidang kepakaran seperti pembangunan komuniti, pengembangan pertanian, pembangunan keusahawanan serta pemajuan profesional dalam memenuhi keperluan modal insan negara.

Penubuhan UCTC UPM adalah bertujuan untuk menggerakkan sumber fizikal dan kepakaran intelektual yang terdapat di UPM bagi mentransformasi masyarakat setempat. Melalui UCTC UPM dapat mengurangkan jurang dan sempadan antara UPM dan komuniti setempat dan mendekatkan warga kampus dengan komuniti.

Saya berharap segala informasi yang disediakan akan dapat memudahkan warga kampus dan pelawat berurusan dengan kami dalam menjalankan tugas-tugas di dalam dan di luar kampus.

Akhir kata kami dari UCTC UPM akan berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu laman web kami supaya lebih berinformasi kepada seluruh warga kampus dan pelawat.

Sekian, terima kasih

 

PROF. MADYA DR. KHAIRULMAZMI AHMAD
Pengarah
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia