Hulu Kelang, 23 Mei 2018 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti - UCTC UPM telah mengadakan aktiviti komuniti bersama Maahad Tahfiz Al Munawwarah di bawah projek KTGS yang bertajuk Program Transformasi Kemahiran Pertanian Komuniti Tahfeez Al Munawwarah, Kemensah, Hulu Kelang.
Projek ini adalah antara projek "pioneer" untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar tahfeez dalam bidang pertanian.
Program pada hari ini melibatkan aktiviti soal selidik awal, sistem fertigasi, demonstrasi dan amali semaian, penyediaan media tanaman fertigasi, pemasangan sistem pengairan fertigasi titis mikro dan pembajaan dengan bimbingan tenaga pakar daripada UCTC UPM dan Taman Pertanian Universiti UPM.
Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan