Trading Entrepreneurship Challenge (TRADEC'18) | University Community Transformation Centre (UCTC)
» COMMUNITY TRANSFORMATION PROGRAMME » Trading Entrepreneurship Challenge (TRADEC'18)

Trading Entrepreneurship Challenge (TRADEC'18)

CABARAN KEUSAHAWANAN DAGANG 2018 (TRADEC’18)

 Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan program Cabaran Keusahawanan Dagang 2018 (TRADEC’18) dalam usaha untuk melatih dan melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan pelajar UPM yang berpotensi dalam bidang dagang terutama e-perdagangan sebagai kerjaya pilihan mereka, seterusnya memberi impak dan manfaat kepada kerajaan, komuniti dan industri. Program ini juga selaras dengan keperluan melahirkan graduan secara holistik.


 HARAP MAAF.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, ATAS HAL YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN:

PROGRAM TRADEC'18 YANG BERMULA PADA 2 JULAI 2018 INI DITUNDA KEPADA 29 OKTOBER 2018.

NAMUN PENDAFTARAN MASIH DIBUKA HINGGA 30 SEPTEMBER 2018.

 

 

 

Anjuran :

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia


 

Image result for icon gif

KAMI SEDANG MENCARI 30 ORANG BAKAL JUTAWAN USAHAWAN ONLINE DARI KALANGAN PELAJAR/GRADUAN UPM!

30 orang sahaja...

30 orang sahaja.. 

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!. DAFTAR SEKARANG.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 12 JUN 2018 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2018


 

ADAKAH ANDA INSAN SEPERTI INI?

  • “Produk susah nak laku2! (salahkan produk la pulakkk)”
  • “Dah lama berniaga, tapi sale macam tu juga...”
  • “Macam-macam strategi perniagaan dah pasang, tapi semua tak menjadi!”
  • “Nak berniaga, tapi tak ada environment..”
  • “Penat la berniaga ni...semua nak kena buat sendiri..nak study lagi.....”

 

PELUANG TIDAK DATANG BERKALI-KALI, KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI?

  • Program cabaran keusahawanan realiti yang distrukturkan khas untuk pelajar/graduan UPM
  • Telah melahirkan 88 orang mahasiswa usahawan dagang sejak tahun 2013
  • Bukan teori semata-mata...Perkongsian dari usahawan-usahawan MUDA dan BERJAYA. (Jika rezeki, boleh berpeluang jadi anak didik mereka!)
  • Berpeluang untuk BINA SEMULA perniagaan melalui strategi perniagaan yang efektif.

 


 

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pelajar UPM (tahun akhir diutamakan)/ Graduan UPM (tidak melebihi 1 tahun bergraduat) yang berminat menjalankan perniagaan e-perdagangan sebagai kerjaya utama;
  3. Telah menjalankan perniagaan berasaskan e-perdagangan
  4. Telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Komited untuk menjalankan cabaran SEPENUH MASA

 


TARIKH PENTING:

  • Buka tawaran dan penyertaan = 30 September 2018
  • Tarikh tutup penyertaan = 30 September 2018
  • Bengkel intensif = 29 Oktober – 2 November 2018 (cuti semester)
  • Cabaran Mini TRADEC’18 = 3-4 November 2018
  • Cabaran TRADEC’18 = 5 November 2018 – 6 Januari 2019
  • Pemantauan = Akan Ditentukan Kemudian
  • Penilaian dan Pembentangan pencapaian peserta = 15 Januari 2019
  • Majlis Penganugerahan TRADEC’18 = 16 Januari 2019

 


 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat,
Universiti Putra Malaysia
No. Telefon: 03.89471820 (En Zaidi Tajuddin)
E-mail : zaidi_tajuddin@upm.edu.my
Laman web: www.uctc.upm.edu.my
FB Tradec Official : TRADEC UPM (Trading Entrepreneurship Challenge)

 

JOM SERTAI KAMI UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA TRADEC! JUMPA DI TRADEC'18!

#TRADEC18 #jomtradec #tradecian

Updated:: 30/07/2018 [zaidi_tajuddin]

MEDIA SHARING

C1534664595