Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM berperanan sebagai penyelaras program komuniti universiti dengan meletakkan UPM sebagai universiti pengendali khidmat pengembangan atau komuniti yang terunggul. Berasaskan Pelan Strategik UPM 2021-2025 UCTC dipertanggungjawabkan untuk menerajui Matlamat 3 iaitu melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat dan mencapai Matlamat 4 iaitu memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan.
Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:
SENARAI 7 KLUSTER BAGI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM
- Komuniti Setempat
- Komuniti Pertanian
- Belia
- Warga Emas
- Pesakit Kanser
- Orang Asli
- Pendidikan Kanak-kanak
SENARAI 15 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM
- Bandar Hijau Serdang (Projek Khas Universiti)
- Jaringan Antarabangsa
- Kesejahteraan Komuniti (Community wellbeing )
- Pembangunan Modal Insan
- Penghayatan Alam dan Budaya
- Program Inkubasi
- Program Inovasi dan Rekacipta
- Program Kanser
- Program Pembangunan Halal
- Program Pembangunan Orang Asli
- Program Pembangunan Usahawan
- Khidmat Pengembangan dan Komuniti
- Program Warga Emas
- Promosi Universiti dan Kepakaran
- Sekolah Angkat
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Telefon : +603-9769 1805/ 1806/ 1809
No. Faks : +603-8946 4114/4107
Email: uctc_all@upm.edu.my