PERUNTUKAN KHAS DARI PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERUNTUKAN PROJEK
PERUNTUKKAN RM 8,000.00 - RM 15,000.00 (TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN SEMASA)
TEMPOH PROJEK
TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN
MEMENUHI SALAH SATU BIDANG TUMPUAN/KLUSTER
bidang tumpuan utama universiti/kluster yang dikenalpasti di bawah JINM UPM:
komuniti setempat
komuniti pertanian
belia
warga emas
pesakit kanser
orang asli
pendidikan kanak-kanak
OBJEKTIF
BERDASARKAN KEPADA PERKHIDMATAN PEMINDAHAN ILMU; BUKAN PENYELIDIKAN
SKOP PROJEK BERDASARKAN KEPAKARAN KETUA PROJEK DAN AHLI PROJEK
HASIL & IMPAK PROJEK BERI SUMBANGAN BESAR KEPADA KOMUNITI- INDUSTRI
MAKLUMAT LANJUT
RUJUK GARIS PANDUAN ATAU HUBUNGI URUSETIA GERAN
PENGENALAN
Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) merupakan satu entiti dibawah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjawab memacu program komuniti universiti berdasarkan kepada Matlamat Universiti ke-3 UPM iaitu Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat.
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) sebagai entiti di bawah JINM telah diamanahkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan. Bagi mencapai matlamat tersebut, UCTC memainkan peranan untuk mendapatkan dana bagi menjayakan program komuniti melalui pemindahan ilmu dan pengembangan.
Salah satu sumber dana yang boleh dipohon oleh akademia di UPM untuk menjayakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan ialah Knowledge Transfer Grant Scheme JINM (KTGS JINM) dimana sumber dana adalah peruntukan khas daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM. Pengagihan dana ini adalah tanggungjawab UCTC.
Tujuan skim geran ini adalah untuk membentuk para akademia dalam menyampaikan dan memindahkan ilmu hasil dari penyelidikan mereka kepada industri atau komuniti sasaran.
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan