8 Disember 2023 - Hari terakhir penganjuran Kursus MyAgro Income Berasaskan Komuniti Kerjasama INFRA – UPM: Pertanian Organik anjuran bersama University Community Transformation Centre - UCTC UPM dan Institut Kemajuan Desa-INFRA.
Pihak UCTC UPM amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak INFRA, KEMAS dan JAKOA dalam menjayakan kursus pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pakar dan staf dari Fakulti Pertanian UPM dan Sekolah Pengajian Ekonomi UPM yang turut berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada peserta.
Semoga ilmu yang dipelajari memberikan manfaat kepada semua peserta. Jumpa lagi semua. Jom kita mula amalkan teknik mesra alam untuk meningkatkan hasil tani yang bebas kimia!
Date of Input: 08/01/2024 |
Updated: 08/01/2024 | khairulazman
MEDIA SHARING