Majlis Perasmian Waqaf Tani Komuniti UPM-Waqaf An Nur Di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Majlis Perasmian Waqaf Tani Komuniti UPM-Waqaf An Nur di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor

Majlis Perasmian Waqaf Tani Komuniti UPM-Waqaf An Nur di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor

17 Februari 2024 - Majlis Perasmian Waqaf Tani Komuniti UPM-Waqaf An Nur di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor).
 
 
Projek kerjasama antara University Community Transformation Centre - UCTC UPM Universiti Putra Malaysia dan Waqaf An-Nur selama 12 bulan ini sedang dilaksanakan bermula Ogos 2023 dengan penglibatan aktif peserta seramai 25-30 orang komuniti Taman Cendana di bawah khidmat nasihat dan kepakaran oleh UPM.
 
 
Antara yang telah diusahakan oleh komuniti adalah penanaman sayuran secara konvesional, kaedah penanaman secara sistem fertigasi, hidroponik dan NFT serta penanaman cendawan dan ternakan akuakultur. Projek ini telah mula menunjukkan impak dari segi peningkatan sosio ekonomi komuniti melalui penghasilan dan penjualan hasil tani segar dari kebun serta produk hiliran berasaskan pertanian.
 
 

Date of Input: 06/03/2024 | Updated: 06/03/2024 | khairulazman

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEbTAH~