Pemindahan Ilmu Penanaman Cendawan Tiram Kelabu
18 Oktober 2022 - University Community Transformation Centre - UCTC UPM telah mendapat permohonan daripada komuniti Kelumpuk Bambu, Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk mendalami lebih lanjut berkaitan penanaman cendawan tiram kelabu.
Pada 14 September 2022 yang lalu, komuniti telah berkunjung dan membuat perbincangan projek penanaman cendawan tiram kelabu serta melawat rumah cendawan UPM berskala kecil dan besar untuk mendapat gambaran awal berkaitan cendawan tiram kelabu.
Komuniti juga telah membeli 200 bongkah cendawan UPM di Pusat Pertanian Putra sebagai percubaan awal dan sebagai salah satu aktiviti komuniti di lokasi mereka.
Khidmat nasihat secara langsung di lapangan dapat dilaksanakan bagi melihat situasi penanaman cendawan yang telah dilaksanakan selepas 10 hari pengeluran hasil cendawan tiram kelabu, dan komuniti dapat mengetahui permasalahan yang dialami.
Semoga program yang dilaksanakan ini akan memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM.
Date of Input: 09/11/2022 | Updated: 09/11/2022 | m_syafiq
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan